Tuesday, December 28, 2010

Matlamat Tingkatan Empat.

assalamualaikum. 


tajuk nak skematik jeh . yela aku kan budak tak abis sekolah lagi . baru lepas pmr je . result pun dah lebih kurang cun :p (okey stop)  


yaa bulan depan umur aku akan bertambah lagi satu angka . from 15 to 25 ? agak budus , sebenarnya 15 to 16 . yaa tambah di angka belakang bukan angka didepan . that means aku akan naik form 4 dan mama dah cakap awal2 yang aku kena tentukan matlamat untuk spm pulak . haihhh . (elehh orang lain dah lame abis spm siap dh keje dh kawin lalalala ) okeh saya anak bongsu yang masih comel muda +_+ 


tak ingat pulak kat tajuk . aku punya matlamat untuk tahun depan . memandangkan dah nak masuk tahun baru dah kan and birthdaaaay aku pun dah dekat kan bulan depan je kan so harap2 dapat banyak hadiah laa kan boleh jadi better laa kan :) 


ohh ini bukan hadiah aku xD 

okeh . aku ni duduk hostel . so bertambah2 laa peraturan yang aku kene patuh . ouhh2 . sekolah lagi , hostel lagi , rumah lagi . hadehh . and aku ni bukanlahh budak baik sangat ada jugak rules yang aku tak ikut and macam tak boleh je nak ikut . so ingat nak change for good laa . hee :D 


here we go : 


1*  Tidak Tidur Dalam Kelas.
- hadehh . first2 dah susah . okeh fyi , masa form1 kalau aku tak tidur dalam kelas satu hari memang sah tu bukan aku . cuba cakap time subjek apa aku tak tidur ? ohh yaa subjek Sejarah masa tengah2 tahun sebab tukar ckgu . ckgu yang tu garangg oow . nak kelip mata pun tak berani . then lepas dah tukar ckgu balik aku tidur jugak . budus betul . masa form2 alhamdulillah dah insaf sikit . jarang2 je aku tidur . masa form 3 laaagi la kurang . kalau ada pun masa ckgu tak masuk kelas .  hee :D  and elok2 pulak tadi  aku terjumpa TIPS :) 


gambar HIASAN xD 


2* Tidak Tidur Semasa Assembly.
- ohh memang lebih kurang je dengan yang nombor 1 . tapi point atas tu macam dah panjang . okeh . bagi aku , waktu assembly laa waktu terbaik nak tidur kalau semalamnye tidur lewat . kih3 . sebab tu laa kadang2 bengang jugak aku kalau assembly tibe2 batal . sebab malam tu dah plan baikk punya . nak tidur lewat sebab study pun takpe sbb esoknya ada assembly . haha budus nye aku . yaa kehidupan di hostel agak memenatkan . sbb tu laa budak hostel selalu je mengantuk kalau tak pandai nak urus masa (mcm msa aku form1 dulu) hee :D 


3* Turun Prep Tepat Pada Waktunya dan Tidak Ponteng.
- well . duduk hostel kan . mesti ada waktu prep . masa form1 dulu semakin nak habis tahun , semakin jarang aku turun kat meja prep . semakin dekat dgn final exam , semakin jarang muka aku kelihatan di dewan prep tersebut (cishh dewan) . yaa saya agak nakal . saya dan rakan2 pernah bersembunyi dalam store kerana terdengar suara Warden seperti sedang naik ke atas (dorm) . nasib baik tak tertangkap . tetapi akhirnyaa timbul kesedaran jugak . masa f2 and f3 dah tak punya nafsu nak ponteng pun .  tetapi malas tetap ada +_+ 


4* Study dengan Hebat ! 
- yaa . yang ni laa paling penting . masa f1-f2 sangat tidak yakin and macam tak boleh terima hakikat je kena hafal semua tajuk untuk pmr . study pun tak minat nk wt mcmne .  tapi masa form3 rasa best je study . jangan lebih2 sudah aku ni bukannya otak study sangat . and and , aku taknak dah main2 macam duluuuu ! dah insaf okehh . ingat senang ke study last minute ? (last tahun nak dekat exam) +_+ 


gambar hiasan :) 


5* Berjimat Cermat.
- ingat budak sekolah ni senang lenang ? hadehh . aku paling tak suka time kena bayar duit kelas yang tertangguh sebabnya bajet akan lari . ececehh . masa rehat , aku mesti nak pergi membeli belah kat canteen . yelaa kat mana lagi . and and semakin hari harga kat canteen tuh semakin melambung naik (so whaat kalau si tender tu baca ? :p) aku nih pulak , selagi tak habis waktu rehat , selagi tu lahh aku rasa nak membeli belah . (coklat je pun) tapi2 tetap lari bajet . so kena pertimbangkan kata2 kekjah pada aku "masa rehat kau takpayah beli sangat kat canteen . tak berbaloi  "  :) 


6* Tidak Membawa Handphone ke Asrama / Sekolah. 
- yaa aku budak baik laa jugak . aku tak bawak phone pegi sekolah . buat apa aku bawak bukannya boleh letak atas meja pun masa belajar . akhir2 tahun tu lain kira laa . kalau ada event aku bwk jugak . hee :D  kat asrama ? kalau aku tak bawak tu memang bukan aku laa . seriously , rasa tak best je kalau tak bawak phone pg hostel . wlupun sepi je bukannya ade orang hantar msg sangat pun tapi still rasa tak boleh tggl . haihh . masa f1 aku ingat phone aku terlekat badi ke hape . sbb bila aku bwk time mggu exam , result bapak teruk . bile aku tak bwk masa mggu exam tu , result okayy je . tapi masa form3 aku bawak straaaight smpai abis tahun , result pmr aku okay je . heee :D next year tak tahu laah . takkan aku nak tggl phone aku ni kat rumah kan ? 


yaa ni bukan phone aku xD 


for now ,  ni je yang aku boleh fikir . hehe . hopefully bertambah2 laa rajin aku . tapi aku tak janji pun nak patuh semua ni . slow2 ya .  +_+ 

changing for good is not a crime :) 



2 comment (s):

Freaky said...

haha selamat mengikuti peraturan tersebut :)

fathiyyahISMAIL said...

haha .sangat tidak mahu . thanks kerana memberi semangat :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Deadly-Right-Truly by Fathiyyah Ismail. TY^^