Saturday, January 29, 2011

Hampir Setahun Berlalu.

assalamualaikum . 

sekarang cuti seminggu . sempena CNY . yeahh suka lahh jugak dpt cuti . penat kowtt dok hostel ngan pegi skolah . dushh3 ! 


tapi , kembalinya CNY bermakna cukup setahun laah peristiwa buruk dalam hidup aku and family aku telah berlaku . CNY setahun yang lalu , permulaan titik2 hitam (cewah2) , kegelapan menyelubungi hidupku . bila ingat balik betul2 susah masa tu . abah jatuh sakit smpai dah strt xboleh bangun . mama ulang alik rumah-hospital-rumah sbb nk jga abah . kakak ngan kacik yang dok jauh ulang alik jugak pegi kije ngan balik tengok abah . bidin pun sama . aku ngan kekjah terpaksa habiskan sisa2 cuti kat umah moklong (mak sedara) sbb umah aku xde org . mama n abah : kt hospital . kakak : balik perlis . kacik n bidin : balik kl . hari sabtu masa hari last cuti raya cina tu bru laa aku dihantar oleh spupu masuk hostel . kekjah pulak dihantar naik bus balik Ipoh . 



hebatt kan ? umah xde org . time aku balik lepas 2mggu kat hostel tu nk duduk mne ? kena laa balik umah bpk sedara kt Pengkalan Chepa . nasib baik . aku dijaga mcm anak sendri kt rumah tu . terima kasih banyak2 :)


tak lama lepas tu . bulan April . perkara yang selama ni aku takuti , terjadi jugak . akhirnya abah pergi jugak tgglkan aku , mama dan semua orang . sedih tak terucap . hati sgt terkilan sbb abah tak sempat tgk pn result pmr aku yang abah harap2kan sgt aku cmerlang . durh . lepas abah pergi tu , aku down gila . pernah aku fikir , buat apa aku nk study utk pmr ni lg ? abah dh takde dh pun . abah dh xleh tgok result aku . aku dh xleh tengok abah senyum kat aku time aku balik or bila2 . tpi aku sedar . harapan abah tggi menggunung kat aku . aku sedar . mungkin abah tetap support aku wlaupun dri jauh . aku taknak kecewakan abah . aku taknak ingat muka abah dengan raut wajah yang kecewa . aku nk sgt abah bangga dengan aku . sbb aku tengok abah bangga and happy sgt masa kekjah ambik result spm dia hari tu . dh nasib aku ~ 



tadi lepas smyg maghrib . tiba2 teringat kat abah . terus aku baca Yasin smbil nangis2 tak dpt nk tahan . sebelum ni pun tak pernah aku lupa abah and tak pernah lupa doa utk abah . tapi td rasa sebak sgt . benda yang aku bnyk fkir msa last year dtg balik . gila susah nk survive nk blaja dgn masalah mcm ni . aku still rsa down smpai skrg . aku jeles ngan budak2 lain . seriously , aku jeles ngan budak2 lain yang still punya ayah ... 


masa kecik2 dulu , aku rasa xde family lain yang lebih bahagia dri family aku . and aku tak pernah boleh nak bayangkan hidup aku kalau ahli keluarga kitorang xlengkap . thats why , dlu aku slalu je doa supaya Allah ambik nyawa aku dulu sbelum ahli keluarga aku yang lain . tapi , kasih sayang Allah melebihi segalanya ~ 


abah n mama mase konvo bidin. 


adik rindu abah :'( 
Al-Fatihah buat Abah.



5 comment (s):

al_hakim said...

semoga abahmu tergolong dlm golongan yg diredhai Allah..=)

fathiyyahISMAIL said...

insyaallah :)

T' Cer Zakiyah said...

Dik!... ibarat kan semangatmu ibarat air yg tak akan berhenti mengalir...

fathiyyahISMAIL said...

yaaa yaa . insyaallah .

thanks mokyah :)

Sca Ndx said...

al-fatihah
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Deadly-Right-Truly by Fathiyyah Ismail. TY^^