Thursday, January 26, 2012

Aku Anak Seniman.

assalamualaikum. 

my (late) abah ni boleh dikira seniman jugak la. tapi takde la besar-besaran macam Tan Sri P. Ramlee. kecil-kecilan je kut. dulu selalu jgk abah berlakon kat drama dalam radio. radio hape ntah aku pun xingat klasik.fm kut. xpasti. tp yang pastinya dulu aku slalu dengar cite dalam radio tu petang2. slalu nya cite perang2 gittew. pastu ada bunyi keting ketang ketung bunyi perang2 buat ngan kuali periuk (aku rasa) muehehee! 

tapi yang time abah blakon tu tahun bila pun aku tak ingat dah. sejak zaman sekolah dulu pun abah aktif dalam pementasan. macam Hang Tuah pun ada bila tengok gmbr abah dulu2. rindunya kat abah :') 


selain berlakon, abah pun boleh menyanyi. masa tahun 60-an dulu, (zaman abah muda2) abah ada rakam lagu. tajuk lagu tu Kelohan Dara. selalu disiarkan dalam radio. tapi org cakap tu Wan Salman yang nyanyi. asalnya tu memang lagu beliau, tapi abah aku rakam balik ngan suara dia. masa tu berlaku kesilapan teknikal kut, sampai tersilap maklumat. macamana ntah boleh letak nama Wan Salman kat lagu yang abah aku nyanyi. yang versi Wan Salman pun ada jugak (yang bukan suara abah aku). maklumlah dulu kan zaman piring hitam.  tak canggih macam sekarang pun. prnah jugak mama ajak abah pgi 'tuntut' gitu laa kat stesen radio tu, tapi abah taknak, lagipun benda ni dah lama. not a big deal pun kan.


sebenarnya kan, korang paham tak benda yang aku nak cakap ni? buat2 paham jelah  :') 

yang ni versi abah saya. Wan Ismail Wan Yusoff. (nama pun lebih kurang je). sudi2lah dengar :')


kadang2 bila aku dengar lagu ni, aku rasa macam abah memang nyanyikan untuk anak2 dia. nasihat untuk anak2. mendorong aku supaya jangan berputus asa. kalau dihayati elok2 lagu ni, memang .. memang la.. memang menyentuh hati :')

rindu kat (late) abah. rindu rindu dan rindu ~ 



Al - Fatihah.

7 comment (s):

efa fairuz said...

sedih wei sedih! sedihhh!!!



tp suare abah sedap.. aku kalau dengar lagu p ramle mesti teringat abah.. huhu

Farah Hanis said...

Al-fatihah. Semoga arwah abah dicucuri rahmat.

fathiyyahISMAIL said...

@efa fairuz huhu tu lahh. adik pun teringat kat abah bila dgr lagu P. Ramlee ^^

fathiyyahISMAIL said...

@Farah Hanis aminn ~

thanks sbb mendoakan :)

Belog Sambal Belacan said...

membaca d sini..bestt sedih..

http://akutetapaku85.blogspot.com/

Nursyamura Faris said...

al-fatihah....

Cik Mizah said...

jom join segmen saya kalau cukup syarat ..hehe...

http://miszzmiza.blogspot.com/2012/05/first-segmen-sambung-kata.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Deadly-Right-Truly by Fathiyyah Ismail. TY^^